Siapa Yang Benar?? Islam vs. Kristian

Kosmologi Kristian
1. sebelum adam dicipta, telah berlaku pemberontakan para malaikat.
2. jadi tuhan berasa sedih lalu tuhan mencipta makhluk lain iaitu adam.
3. adam dibenarkan buat apa sahaja melainkan makan buah dari 2 pohon: * pohon pengetahuan tentang hal baik dan buruk * pohon panjang umur
4. eve diciptakan dari tulang rusuk adam. mereka hidup bersama-sama tanpa berpakaian.
5. adam terpengaruh dengan eve dan makan buah dari pokok pengetahuan baik dan buruk.
6. maka dengan serta-merta mereka mendapat pengetahuan tentang hal yang baik dan buruk termasuk perasaan malu. mereka menyedari bahawa mereka tidak berpakaian selama ini lalu menyorok di belakang pohon di syurga kerana malu jika tuhan nampak.
7. tuhan mencari adam dan memanggil-manggilnya. lalu adam pun keluar dari belakang pohon setelah beberapa ketika kerana tidak sampai hati membiarkan tuhan.
8. tuhan bertanya kepada adam tentang mengapa makan buah itu lalu adam memberitahu yang eve mempengaruhinya.
9. adam dan eve diturunkan ke bumi kerana tuhan takut mereka akan makan buah dari pohon panjang umur.

‘And the LORD God said, “The man has now become like one of us, knowing good and evil. He must not be allowed to reach out his hand and take also from the tree of life and eat, and live forever.” So the LORD God banished him from the Garden of Eden to work the ground from which he had been taken. After he drove the man out, he placed on the east side of the Garden of Eden cherubim and a flaming a word flashing back and forth to guard the way to the tree of life.’ (Genesis 3:22-24)

10. oleh sebab itu, setiap manusia yang dilahirkan adalah berdosa kerana mereka mewarisi dosa adam makan buah larangan.
11. ampunan hanya boleh dilakukan dengan korban.
12. korban ini telah dilakukan melalui kematian Jesus yang serta-merta menebus dosa-dosa seluruh manusia.

-Kosmologi Kristian mempunyai sedikit persamaan dengan islam melainkan beberapa perkara yang berbeza:

* tuhan tidak mencipta adam kerana kecewa dengan malaikat. pada islam, tuhan ingin menciptakan adam dahulu kemudian barulah menyebabkan segolongan malaikat memberontak (kini dikenali sebagai iblis).
* pada islam, adam dan hawa (eve) sememangnya berpakaian sehingga mereka makan buah (buah khuldi) yang dilarang. lalu mereka malu dan menutup tubuh mereka dengan daun-daun dari pohon syurga.
* pada islam, tuhan tidak mencari dan memanggil adam kerana tuhan sememangnya tahu adam dan hawa telah makan buah itu.
* pada islam, adam tidak menyalahkan hawa kerana kedua-duanya telah makan buah itu. adam tahu kedua-duanya salah.
* pada islam, adam dan hawa diturunkan untuk menjadi khalifah (pentadbir) di muka bumi, bukan kerana tuhan takut; pada islam takut bukanlah sifat tuhan. Pohon itu tidak mampu menggugat kuasa tuhan.
* pada islam, dosa adam tidak diwarisi oleh manusia lain kerana dosa tidak boleh diwarisi. Di dalam kitab Bible juga tertulis:

‘Fathers shall not be put to death for their children, nor children put to death for their fathers; each is to die for his own sin.’ (Deuteronomy 24:16)

-Begitulah dua kosmologi yang kelihatan sama tetapi sebenarnya berbeza. justeru telah timbul beberapa persoalan melalui kosmologi kristian. antaranya:
1. adakah bayi yang mati ketika dilahirkan dimasukkan ke dalam neraka oleh disebabkan semua manusia dilahirkan berdosa?
2. dosa adam diwarisi melalui jasad atau roh manusia? diketahui, korban yang dilakukan oleh setiap manusia yang dilahirkan akan menghapuskan dosa warisan adam. jika dosa diwarisi melalui jasad, mengapa bayi yang dilahirkan masih berdosa sedangkan dosa ibu bapanya telah terhapus setelah melakukan korban? jika dosa diwarisi melalui roh, bukankah roh datang dari tuhan dan apa kaitannya dengan adam? dari mana sebenarnya dosa adam diwarisi?

Editted From : www.iluvislam.com

No comment »

Kerana Satu Klik!!

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular. Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.

Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut. :

Mahfumnya:: Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. :

“Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.

Mahfumnya: Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) 2 pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.”
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.

Zack dan Yahoogroup

Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.

Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email.

Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut. Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.

Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.

Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.

Berganda-ganda

Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.

Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat.

Cerita Qabil

Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.

Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita.

Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.

Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.

Original Copy From : www.iluvislam.com

No comment »